Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
HIKAYAT PARANG PUTING | HIKAYAT PARANG PUTING, sastera hikayat berunsur Hindu. Hikayat ini juga dikenal sebagai Hikayat Budak Miskin. Hikayat ini dipengaruhi dengan banyaknya unsur Hindu yang terdapat di dalamnya termasuklah dewa, kesaktian,alam kayangan dan sebagainya yang berasal daripada kitab Mahabharata. | SASTERA | Karya |
HIKAYAT PATANI | HIKAYAT PATANI, sastera hikayat berunsur sejarah. Hikayat ini tidak menyebut nama pengarangnya. Hikayat ini dibukukan oleh A. Teeuw dan D.K. Wyatt dengan judul Hikayat Patani, Bibliotheca Indonesia 5 pada tahun 1970 dan diterbitkan oleh Martinus Nijhoff. | SASTERA | Karya |
HIKAYAT SI MISKIN | HIKAYAT SI MISKIN, sastera hikayat berunsur Hindu. Hikayat yang mulanya berkembang sebagai cerita rakyat mempunyai nama lain, seperti Hikayat Marakarma, Hikayat Maharaja Marakarma dan Hikayat Anak Miskin. | SASTERA | Karya |
HIKAYAT RAJA PASAI | HIKAYAT RAJA PASAI, sastera hikayat berunsur sejarah. Hikayat ini mengisahkan sejarah negeri Pasai ketika negeri itu mula dibuka hinggalah Pasai jatuh diserang oleh Majapahit. | SASTERA | Karya |
HIKAYAT RAJA KHANDAK | HIKAYAT RAJA KHANDAK, sastera hikayat berunsur Islam. Hikayat ini dipercayai berasal dari Arab-Parsi. | SASTERA | Karya |
HIKAYAT PANDAWA LIMA | HIKAYAT PANDAWA LIMA, sastera hikayat berunsur Hindu. Hikayat ini didasarkan kepada mss. Br. 2. (iaitu koleksi Brandes no. 2) yang terdapat di Perpustakaan Lembaga Kebudayaan Indonesia, di Jakarta. Naskhahnya berjumlah 274 halaman, yang paling tebal antara lapan naskhah tentang Pandawa yang tersimpan di perpustakaan yang sama. | SASTERA | Karya |
HIKAYAT PELANDUK JENAKA | HIKAYAT PELANDUK JENAKA, sastera hikayat yang tergolong dalam jenis cerita binatang. Hikayat ini termasuk dalam golongan hikayat Melayu yang tertua, iaitu sudah diketahui sebelum abad ke-18 lagi. | SASTERA | Karya |
HIKAYAT HANG TUAH | | UMUM | |
HIKAYAT PANDAWA | | SASTERA | Karya |
HIKAYAT PAHANG | | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
|
Tesaurus |
---|
| hikayat | Bahasa Asal :Arab | | Rujuk :riwayat |
|
Puisi |
---|
|
Cik Malik mengarang bunga, Mari karang tali rotan; Minta tabik pada semua, Saya nak karang hikayat syaitan.
Lihat selanjutnya... |
|