DAULAT | DAULAT, kuasa, kerajaan, empayar, dinasti yang memerintah, pemerintahan negara atau negeri. Daulat berasal daripada kata Arab, daulatun. Dalam konteks kerajaan, daulat menjadi inti kepada hak individu dan kelompok untuk membolehkan mereka melaksanakan kuasa dan wibawa untuk memerintah. Apabila dihubungkan dengan politik pemerintahan, daulat menjadi unsur pengiktirafan secara lisan, kepercayaan atau tulisan (piagam atau perlembagaan) kepada individu atau kelompok bagi melaksanakan atau menegaskan kuasa atau wibawa terhadap anggota masyarakat sesebuah negeri atau negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |