Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DATUK BANDAR | Datuk bandar ialah gelaran kehormat yang diberikan kepada pengerusi majlis borough tertentu di Great Britain. Daerah-daerah kerajaan tempatan yang telah dikurniakan status borough oleh piagam diraja mempunyai datuk bandar. | UMUM | |
DATUK BENTARA LUAR | DATUK BENTARA LUAR, gelaran pembesar dalam kerajaan Melayu. Antara negeri yang menggunakan gelaran ini termasuklah Kelantan dan Johor. Dalam huraian tentang Datuk Bentara Luar ini, rujukan hanya kepada negeri Johor. Pada tahun 1883, kerajaan Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar mewujudkan semula gelaran Datuk Bentara Luar kepada pegawai yang menjadi Ahli Jemaah Menteri. Gelaran Datuk Bentara Luar disandang oleh Muhammad Salleh Perang, yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Jabatan Tanah Negeri. Namun begitu pada tahun 1895, berkuatkuasa fasal 39, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, tidak mensyaratkan seseorang itu menjadi menteri bergelar Datuk, sama ada gelaran kepada pegawai kerajaan atau Datuk yang dianugerahkan oleh Sultan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
DATUK BENTARA DALAM | DATUK BENTARA DALAM, salah satu gelaran pembesar dalam kerajaan Melayu. Selain Johor, gelaran Datuk Bentara Dalam juga terdapat di Kelantan dan Terengganu. Pada tahun 1940-an, jawatan Datuk Bentara Dalam di Terengganu disandang oleh kerabat diraja dan gelarannya Tengku Bentara Dalam. Dalam huraian tentang bidang kuasa dan tugas Datuk Bentara Dalam, rujukan adalah kepada kerajaan Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
HIKAYAT DATUK MERPATI | | SASTERA | Karya |
HASSAN IBRAHIM, DATUK | | SASTERA | Tokoh |
HASSAN AHMAD, DATUK | | BAHASA | Tokoh |
RAJA BAHRAIN, DATUK | Tokoh seni bina. | KEJURUTERAAN | Tokoh |
NOORDIN HASSAN, DATUK | Noordin Hassan, Datuk (1929 ), penulis dan Sasterawan Negara Malaysia yang ketujuh (1993) . Dia lahir pada 18 Januari 1929 di Sungai Pinang, Pulau Pinang. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Perak Road , Francis Light School, dan Sekolah Agama Masjid Rawana, Pulau Pinang. Persekolahannya terhenti semasa pedudukan Jepun, dan apabila British kembali memerintah Tanah Melayu, dia menyambung kembali pelajarannya di Penang Free School sehingga lulus Sijil Persekolahan. Pada tahun 1951, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Kirby College, Liverpool, England . | UMUM | |
PUNCH GUNALAN, DATUK | Punch Gunalan, Datuk (1944 ), pemain badminton Malaysia. Dia lahir pada 2 April 1944 di Selangor. Dia mendapat pendidikan di Sekolah King George V, Seremban, sebelum melanjutkan pelajaran di Brighton Technology College, United Kingdom pada tahun 1963. Dia mendapat kelulusan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 1967. | UMUM | |
ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI, DATUK SERI | Abdullah Haji Ahmad Badawi, Datuk Seri (1939 ), Perdana Menteri Malaysia yang kelima (2003 ). | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata datuk |
|
Puisi |
---|
|
Burung belibis burung jelatuk, Singgah menyewa di kampung petani; Minta tabik segala datuk, Datuk ada semua di sini.
Lihat selanjutnya... |
|