Nash, Charles William (18641948) ialah perintis industri kereta di Amerika Syarikat. Dia menjadi presiden Buick Motor Company pada tahun 1910, dan menyusun semula syarikat tersebut sehingga ia menjadi sebuah syarikat yang berjaya. Nash dilantik sebagai presiden General Motors Company (kini dikenali sebagai General Motors Corporation) pada tahun 1912 apabila syarikat itu hampir bankrap. General Motors juga menjadi maju di bawah kepimpinan Nash. |