Muawiyah ibn Yazid (41 H.64 H./661 M.684 M.), khalifah Bani Umayyah di Syam, cucu kepada pengasas Kerajaan Bani Umayyah, iaitu Muawiyah ibn Abu Sufyan. Nama penuhnya Muawiyah ibn Yazid ibn Muawiyah ibn Abu Sufyan juga dikenali sebagai Muawiyah al-Thani (Muawiyah Kedua). Dia dilantik sebagai khalifah selepas kematian bapanya akan tetapi dia melepaskan jawatan tersebut selepas 40 hari atau-kira-kira tiga bulan memegang tampuk pemerintahan. Muawiyah telah menyerahkan urusan melantik khalifah yang baru kepada kaum muslimin sendiri dan menyarankan agar mereka melantik penggantinya yang tersebut dalam bentuk syura atau kemuafakatan suara. Dia telah mengasingkan diri di rumahnya dengan beribadat kepada Allah S.W.T. sehinggalah dia meninggal dunia ketika berusia 23 tahun. Oleh sebab usianya yang masih muda, Muawiyah tidak sempat meninggalkan zuriat |