Shastri, Lal Bahadur (19041966) ialah perdana menteri India yang kedua. Dia berkhidmat dari tahun 1964 hingga dia meninggal dunia pada tahun 1966. Shastri lahir berhampiran Varanasi. Kehidupan awalnya ditumpukan sepenuhnya pada perjuangan untuk kemerdekaan India. Dia pernah dipenjarakan oleh pihak British sebanyak tujuh kali. |