SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiYang berlari sangat pantas, Yang menang sangat bertuah; Yang memberi tangan di atas, Yang menerima tangan di bawah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanam ubi digali ubi, Gali ubi di tepi telaga; Sudah banyak saya berbudi, Budi yang mana yang tuan suka? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKe bilik ke dapur, Gulai ayam pedas; Itik yang bertelur, Ayam yang menetas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk manis pucuk langgudi, Daun purut digetus rusa; Yang manis bernama budi, Yang indah itu bahasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi kerja berulang-alik, Singgah di masjid lalu sembahyang; Yang bulat datang menggolek, Yang pipih datang melayang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPilih-pilih buah kedondong, Cari yang manis tiada bijinya; Pilih-pilih muda sekampung, Yang hitam manis baik budinya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak ubi perkara ubi, Mana ubi yang kami tanam; Banyak budi perkara budi, Budi yang mana kami dikenang? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak duri perkara duri, Duri mana duri yang tajam; Banyak budi perkara budi, Budi yang mana dikenang orang? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSelagi dunia nampak dipandang, Buat amal sehari-hari; Mana yang masam sukat gantang, Mana yang manis kukira biji. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang. |
|
Puisi |
---|
|
Tanam ubi digali ubi, Gali ubi di tepi telaga; Sudah banyak saya berbudi, Budi yang mana yang tuan suka?
Lihat selanjutnya... |
|