SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTepung pulut dibuat kanji, Dibawa orang ke Seri Menanti; Manis mulut tunang berjanji, Kenapa sekarang tinggal pergi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak tepung tetak sedahan, Segar-segar pancung sekali; Mana kampung mana halaman, Telaga keruh bekas kumandi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTumbuk tepung jangan dicuci, Buat bubur dalam belanga; Tutup pintu jangan kunci, Abang nak masuk tidur sama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTumbuk tepung buat lepat, Beri santapan Raja Cina; Saya kepung harap mendapat, Saya tak tahu orang punya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTumbuk beras jadikan tepung, Buat mari kuih kelepong; Ribut sampai taufan pun kepung, Doa yang mana boleh tolong? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMenari bangun menepung, Makan tepung bibir rasa; Nyaris abang mati terkepung, Mujur ada sepintu dua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuat budak tengah rumah, Tepung gomak tengah perahu; Tuan main satu rumah, Orang di luar habis tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak itik anak angsa, Atas tepung atas peti; Bertitis air mata, Orang kampung habis benci. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepung |
|
Puisi |
---|
|
Tetak tepung tetak sedahan, Segar-segar pancung sekali; Mana kampung mana halaman, Telaga keruh bekas kumandi.
Lihat selanjutnya... |
|