SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan tepi berkelim, Kelim tepi belakang; Hatiku rindu tak dapat dikirim, Hendak dikirim bukannya barang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang menajur di tepi sungai, Sungai ada tepi padang; Laksana intan baru dicanai, Kejam celik mata memandang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPerahu kecil belayar ke tepi, Makin ke tepi makin dalam; Tidur malam jangan dimimpi, Kalau dimimpi bertambah dendam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi,tidur/mimpi Sedar-sedar bertambah dendam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi, Sedar-sedar bertambah dendam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak tanam papaya, Tanam mari tepi kota; Sudah mari tepi kota, Tuah melambung malang menimpa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTepi tebat pasang pelita, Hendak menahan jerat rusa; Dalam adat hidup manusia, Emas perak cuma pesaka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTambat perahu tepi surau, Hanyut sampai sungai Tualang; Ombak melenting tepi pulau, Arusnya deras bukan kepalang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung gagak tepi pagar, Cik Salleh orang berbudi; Ada juga kudengar khabar, Ombak bertepuk di tepi pantai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi tepi lorong duduk mengadap, Nanti lalu anak Cik Ali; Kalau biring keratkan sayap, Memang tak boleh lawan lagi. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tepi; |
|
Puisi |
---|
|
Orang menajur di tepi sungai, Sungai ada tepi padang; Laksana intan baru dicanai, Kejam celik mata memandang.
Lihat selanjutnya... |
|