SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTengok-tengok bawah batang, Kalau ada ketam menyelit; Tengok-tengok abang datang, Kalau ada kirim duit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Kini turun Kuantan, Tengok anak Kandi berdiri; Sungguh saya anak dagang, Di manakah tempat mengundur diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDuduk di tepi pantai, Tengok orang pancing selampai; Jika tidak bunga di tangkai, Banyak kumbang hidup tak sampai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Esah orang Patani, Takut tengok telaga dalam; Tak usah hidup begini, Tidur siang berjaga malam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCukup ramai orang di kampung, Tengok orang berjual kain; Sungguh garang ayam di kampung, Denak di hutan terkamnya lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBawa tombak bawa cermin, Rendang lada simpul pulih; Tengok gambar dalam cermin, Sungguh ada nak ambil tak boleh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak itik bulu lentik, Hendak mandi kolam terani; Tengok bunga setangkai cantik, Hendak memetik tidak berani. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak itik anak itik, Turun ke sawah makan padi; Tengok cantik dipandang cantik, Tambah pula berhati budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMakan sirih berpinang tiada, Pinang ada di Bukit Batu; Tengok ke kiri ke kanan tiada, Inilah saya yatim piatu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKecil-kecil kacang kelisa, Pandai melilit di pagar orang; Tengok kecil mulutnya bisa, Pandai menyakit hati orang. |
|
Puisi |
---|
|
Anak Kini turun Kuantan, Tengok anak Kandi berdiri; Sungguh saya anak dagang, Di manakah tempat mengundur diri.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 416 Make a mountain out of a molehill Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius). Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. ''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Make a mountain out of a molehill . You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said. ''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik.Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|