SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTenang-tenang air di laut, Sampan kolek hanyut ke tanjung; Budi terkenang mulut tersebut, Budi baik rasa nak junjung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTenang-tenang air laut, Sampan kolek mudik ke hulu; Hati terkenang mulut menyebut, Orang benci kita tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLubuk Danti tepian Danta, Buaya mudik tenang-tenang; Kunci hati tutuplah mata, Supaya badan rasa senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAir tenang nampak termenung, Hendak berenang terasa takut; Kalau asal kain ditenun, Lulus jarum benang mengikut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiUlit tenang mudik suasih, Pergi ke teluk menarah papan; Bila terkenang budi kasih, Nasi sesenduk tidak termakan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAir pasang tenang di hulu, Kain tudung hias di pintu; Jika terkenang masa dahulu, Jantung berperang dengan hempedu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTasik Teduh airnya tenang, Tempat pengail main rakit; Nak pilih jodoh bukannya senang, Kena fikir macam bukit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAngin berhenti lautan tenang, Buah berembang dikutip nyonya; Teringin hati memetik kembang, Rupanya kembang sudah berpunya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSelat Teberau di air tenang, Pantai Lido pasir putih; Kasih lama jangan dikenang, Bila kukenang hatiku sedih. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tenang. |
|
Puisi |
---|
|
Tenang-tenang air laut, Sampan kolek mudik ke hulu; Hati terkenang mulut menyebut, Orang benci kita tak tahu.
Lihat selanjutnya... |
|