SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Esah menanam tebu, Tebu ditanam tidak bersuli; Tidak usah badan bertemu, Asal dapat mendengar bunyi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak memakan tebu, Tebu ditanam di depan kota; Duduk termenung di muka pintu, Terkenang kekasih jauh di mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTebu seruas di dalam air, Nampak ada kilat bayangnya; Nasi sesuap seteguk air, Nampak juga kasih sayangnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTebu hitam mati pucuk, Mari dimakan manis rasa; Melintang keris di rusuk, Hitam manis kuambil juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak tebu kilas ke dayung, Nak berdayung Laut Melaka; Tuntutlah ilmu buatkan payung, Nak menghindar api neraka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak tebu buatkan dayung, Hendak berdayung tanah besar; Tuntut ilmu buatkan payung, Hendak berpayung di Padang Mahsyar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTebang tebu banyak-banyak, Mari bawa dalam raga; Tuntut ilmu biar banyak, Nak menutup pintu neraka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak tebu betung, Sandar pokokinai; Selawat gajah Tuk Dong, Saya nampak Tuk Nai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMakan tebu buku ditaruh, Buat ubat masuk cendawan; Bukit beradu gunung bertaruh, Riuh-rendah mambang di awan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTebang tebu Sungai Rengit, Tujuh batang sembilan buku; Cuba hitung bintang di langit, Tujuh laksa sembilan ribu. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tebu-tebu |
|
Puisi |
---|
|
Budak-budak memakan tebu, Tebu ditanam di depan kota; Duduk termenung di muka pintu, Terkenang kekasih jauh di mata.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 614 One good turn deserves another Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita). Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh. ''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me. ''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh,'' kata Salina kepada saya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|