SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTambat perahu tepi surau, Hanyut sampai sungai Tualang; Ombak melenting tepi pulau, Arusnya deras bukan kepalang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHiris rojak hantar ke surau, Hendak menjemput datuk penghulu; Gadis bijak orang tak hirau, Ilmu di dapur laksana dulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMembeli tali pasar Senyawan, Singgah di surau tangga berlian; Merosak hati menggugur iman, Seperti pungguk rindukan bulan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRamai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAda satu nama si Putung, Duduk di surau berbaju kurung; Taruh umpan salah gantung, Tak kena ikan kena jerung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk mempelas makan diapi, Asapnya sampai ke Surau Raka; Jangan belas di dalam hati, Adik hendak bergurau saja. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSerai serumpun di tengah laman, Tempat murai berjejak kaki; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal surau tempat mengaji. |
|
Puisi |
---|
|
Hiris rojak hantar ke surau, Hendak menjemput datuk penghulu; Gadis bijak orang tak hirau, Ilmu di dapur laksana dulu.
Lihat selanjutnya... |
|