SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSungguh-sungguh pergi ke darat, Memetik bunga dalam batu; Sabar ditahan jadi mudarat, Akal dan fikir habislah buntu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOgah-ogah di dalam bandul, Batang kelapa dalam padinya; Sungguh-sungguh tiada padul, Manakan lupa dalam hatinya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSatu suit tidak berlantai, Satu padi disuruhlah tumbuh; Tidak berduit biar bergadai, Turutlah hati sungguh-sungguh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNaik kuda pakai pelana, Kuda ditambat perdu buluh; Jangan tuan bena tak bena, Kalaulah sungguh katakan sungguh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk tumbuh bidara tumbuh, Tumbuh-tumbuh jadi di darat; Adik sungguh abang pun sungguh, Kalau sudi berkirim surat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTak tumbuh padi di pintu, Anak denak di hujung serambi; Kalau sungguh cakap itu, Sungguh benak hati kami. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan berakit kayu, Boleh ambo berakit buluh; Tiada dagang nak tanggung malu, Sungguh kasih teramat sungguh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSungguh indah Tanjung Lumpur, Tempat lalu kapal dagang; Hati gundah rasa terhibur, Budi yang baik punca kenang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSungguh kuat terbang tekukur, Sayup bunyi mendayu-dayu; Sungguhpun tajam pisau cukur, Tapi tak boleh dipotong kayu. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungguh-sungguh |
|
Puisi |
---|
|
Ogah-ogah di dalam bandul, Batang kelapa dalam padinya; Sungguh-sungguh tiada padul, Manakan lupa dalam hatinya.
Lihat selanjutnya... |
|