SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAwang Dollah pandai meniti, Pandai meniti pandan mengkuang; Kerana tebu semut tak mati, Kerana semut gula terbuang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBagaimana membunuh semut, Taruh gula di mangkuk perang; Bagaimana saya hendak selimut, Kainku sudah dipinjam orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNasi sejuk dihurung semut, Bawa gonggong meniti petang; Berasa sejuk kutarik selimut, Baru kutahu badan seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNasi sejuk makanan semut, Bunga teratai di dalam paya; Adik sejuk tarik selimut, Sarung bantal bawah kepala. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNasi sejuk digonggong semut, Bawa budak pergi ke Bangka; Tuan sejuk tarik selimut, Ambil bantal ganti saya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNasi dingin digonggong semut, Dibawa belayar ke Singapura; Badan dingin tarik selimut, Bantal peluk ganti adinda. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetaklah akar akar merah, Semut meniti di dalam talam; Badan berpeluh mataku merah, Angkat mengucap di tengah malam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetaklah akar akar merah, Semut meniti di batang padi; Fasal saja lautan jauh, Kalau setanah kujalan kaki. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa diharap padi Belanda, Tempat semut buat sarang; Apa diharap pada kakanda, Tiada harta bangsa pun kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi batang buruk sarang tekukur, Tempat bersarang semut api; Saya di sini rindu tak tidur, Kerana tuan saya ingati. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata semut-semut |
|
Puisi |
---|
|
Bagaimana membunuh semut, Taruh gula di mangkuk perang; Bagaimana saya hendak selimut, Kainku sudah dipinjam orang.
Lihat selanjutnya... |
|