SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaju cik tangan sekerat, Habis minyak sebelah bahu; Perkara sedikit jangan duk melarat, Kerana nanti banyak orang tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisau raut panjang sekerat, Buat meraut rotan saga; Ikan di laut asam di darat, Dalam belanga berjumpa juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJantung ini jantung sekerat, Limau purut dalam ceper; Pantun ini pantun ibarat, Dalam perut mencari fikir. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang tanduk masak sekerat, Pisang datang negeri China; Garam di laut asam di darat, Sudah menjadi adat dunia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ayam tujuh sekerat, Anak lang tertiti-titi; Tidur malam teringat-ingat, Tidur siang termimpi-mimpi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNaik ke darat memotong getah, Ambil sekerat ampaian kain; Bagaimana tanah nak basah, Hujan menimpa di tempat lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil parang cuba dikerat, Ekornya pendek putus sekerat; Harimau garang dapat dijerat, Mulut ternganga dihurung lalat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Mat jalan melenggang, Dua tiga ranting patah; Air laut sekerat pinggang, Buku lali haram tak basah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Mat jalan berlenggang, Satu dua ranting tak patah; Air laut sekerat pinggang, Buku lali haram tak basah. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekerat |
|
Puisi |
---|
|
Baju cik tangan sekerat, Habis minyak sebelah bahu; Perkara sedikit jangan duk melarat, Kerana nanti banyak orang tahu.
Lihat selanjutnya... |
|