SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan sengaja saya berkain, Saya berkain menutup tubuh; Bukan sengaja saya bermain, Saya bermain bersungguh-sungguh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa diharap padi di paya, Padi di paya buahnya kasar; Apa diharap pada saya, Saya sudah burung di sangkar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPadi basah di dalam paya, Dibawa orang pergi ke kota; Apa nak susah kepada saya, Saya dah ada di depan mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan saya mengejar kolek, Saya mengejar papan tunda; Bukan saya mengharap molek, Saya mengharap budi bahasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan saya tolak buluh, Saya tolak batang padi; Bukan saya kehendak sungguh, Saya jolok nak tengok hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya tidak pandai menali, Sebarang tali saya talikan; Saya tidak pandai menyanyi, Sebarang nyanyi saya nyanyikan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya tidak pandai melampun, Sebarang lampun saya lampunkan; Saya tidak pandai berpantun, Sebarang pantun saya pantunkan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya tidak pandai berhidang, Sebarang hidang saya hidangkan; Saya tidak pandai bergendang, Sebarang gendang saya gendangkan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayalah tidak pandai meraut, Sebarang raut saya rautkan; Saya tidak pandai menyahut, Sebarang sahut saya sahutkan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayalah tidak pandai berkain, Sebarang kain saya kainkan; Saya tidak pandai bermain, Sebarang main saya mainkan. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata saya |
|
Puisi |
---|
|
Apa diharap padi di paya, Padi di paya buahnya kasar; Apa diharap pada saya, Saya sudah burung di sangkar.
Lihat selanjutnya... |
|