SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSarang penyengat dilalang-lalang, Sarang tebuan di dalam padi; Jangan ingat orang yang hilang, Orang lain banyaklah lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTelur angsa sarang setalam, Cendana sarang tempurung; Embun menitik serata alam, Nyawa melarat seperti burung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSarang lebah nampak tergantung, Baik-baik jangan tersinggung; Ingat-ingat kita di kampung, Jangan diagah rimau menyangkung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSarang penyengat di hujung tualang, Rama-rama bertalikan benang; Sungguh nasibku bercampurkan malang, Bilakah kala menjadi senang? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSarang tempua di Kelumpang, Berisi ular tampung hari; Kok nak bersua sama seorang, Datang ke ladang tengah hari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSarang penyengat perdu mengkuang, Awa-awa kena belantik; Jika ditengok oleh orang, Buat pura dua beradik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSarang penyengat di pucuk kangkung, Ada sebelah di dalam cawan; Ingat-ingat muda sekampung, Mata sebelah mencari lawan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSarang bubut di dalam bunga, Dijolok mari sama pungkahnya; Mati merumput mentimunku berbunga, Sudah dijolok orang empunya, |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSarang penyengat di pintu gua, Mari terbakar dua pertunang; Terbang semangat sampai jiwa, Menatap nasi kepunyaan abang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCendana sarang tempurung, Encik Tambun menggulai siput; Nyawa merat seperti burung, Laksana embun di hujung rumput. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sarang; |
|
Puisi |
---|
|
Telur angsa sarang setalam, Cendana sarang tempurung; Embun menitik serata alam, Nyawa melarat seperti burung.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 310 Let sleeping dogs lie Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah. Jangan merempuh sarang lebah Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming. Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan merempuh sarang lebah. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|