SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSalah ikat boleh diungkai, Salah letak boleh dicari; Salah buat badan merasai, Salah cakap memburuk diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTidak salah junjung lembayung, Salah pandan menggelita; Tidak salah emak mengandung, Salah badan buruk pinta. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDuduk galah berdiri galah, Galah memusing haluan perahu; Duduk salah berdiri salah, Hatiku runsing abang tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDuduk galah berdiri galah, Galah memusing haluan perahu; Duduk salah berdiri salah, Hatiku runsing orang tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMudik galah hilir galah, Galah pusing di dalam perahu; Duduk salah berdiri salah, Hati runsing orang tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain ini kain Bentan, Kalau dibasuh jangan dibanting; Bukan salah dari jahitan, Salah pula orang menggunting. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPohon salak batangnya condong, Mari disisik dalam kendong; Bukanlah salah ibu mengandung, Salah sendiri badan menanggung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Dollah mudik bergalah, Hendak mencari si batang gaharu; Duduk salah berdiri pun salah, Nasi kutelan rasa hempedu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah siapa lentik bumbung, Kalau tak salah rumah Cik Ghani; Tunang siapa lalu bertudung, Kalau tak salah tunang kami. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBatang kepaya dibuat tongkat, Salah pegang jatuh terlipat; Kalau berniaga tak tengok tempat, Modal habis untung tak dapat. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata salah |
|
Puisi |
---|
|
Tidak salah junjung lembayung, Salah pandan menggelita; Tidak salah emak mengandung, Salah badan buruk pinta.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 492 Do right and fear no man Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran Berani kerana benar, takut kerana salah I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man , but fear God. Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|