SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRakit-rakit rumah Pak Senu, Lalu tersangkut di pokok pedada; Bertukar ganti saya tak mahu, Sudah dituju dari semula. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang pindah naik rakit, Rakit berikat tali bemban; Sedangkan lidah lagikan tergigit, Inikan pula sahabat sekawan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Lengging membuat rakit, Rakit dibuat kayu nyatuh; Biarlah anjing menyalak bukit, Bukit tetap tidakkan runtuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRakit buluh dari seberang, Hanyut sampan tidak berarah; Sakit bercinta badan seorang, Bagai kutepuk tangan sebelah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRakit buluh dari seberang, Dulang terletak atas geta; Sakit sungguh kasih seorang, Orang tidak kasihkan kita. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNaik rakit bersila panggung, Patah galah batang keladi; Kalau sakit nak minta tolong, Mentekedarah tidak bergigi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilir rakit bawa berenang, Hanyut dari tanah seberang; Bagaimana penyakit mahu hilang, Sakit ditanggung makan tak pantang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHanyut rakit dadan apia, Dampar di pantai dimakan buaya; Makansedikit tidak mengapa, Asalkan boleh membawa gaya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHanyut rakit batu tenggelam, Minyak ada berbuli-buli; Matahari sakit bulan demam, Itulah tanda dunia tak suci. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNaik rakit terkutang-kutang, Tiba ke teluk menimba air; Sangat sakit duduk membujang, Lepas menumbuk mencedok air. |
|
Puisi |
---|
|
Sayang pindah naik rakit, Rakit berikat tali bemban; Sedangkan lidah lagikan tergigit, Inikan pula sahabat sekawan.
Lihat selanjutnya... |
|