SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna pisau raut, Raut rotan buat ampaian; Tidak terkail ikan di laut, Walau umpan bersalut intan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisau raut perancung kalam, Kalam dirancung empat segi; Di tengah laut harimau mengeram, Kucing mengiau di Pauh Janggi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisau raut ulu manung, Sudah manung bersalut timah; Lautan dalam ada gunung, Tak kusangka hujan dalam tanah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisau raut panjang sekerat, Buat meraut rotan saga; Ikan di laut asam di darat, Dalam belanga berjumpa juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisau raut membelah pinang, Parang mengerat pokok papaya; Karam di laut boleh direnang, Karam di darat apa upaya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisau raut dalam bumbung, Hendak mencincang mentimun batu; Tujuh lautan sembilan gunung, Dendam rindu sebut namaku. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisau raut di tepi rimba, Buat raut si jantung pandan; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati rosaklah badan. |
|
Tesaurus |
---|
| pisau (kata nama) | Bersinonim dengan badik, belati, belintan, cundrik, curik, kerambit, lawi ayam, nenram, pisau calung,
pisau cukur, pisau getah, pisau lipat, pisau makan, pisau raut, pisau sadap, pisau wali., | |
|
Puisi |
---|
|
Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa.
Lihat selanjutnya... |
|