SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak meruncing kalam, Makin diruncing makin tajam; Setitik dakwat nak perintah kalam, Adakah nyamuk nak perintah alam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSiti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanjung Bondong parit perintah, Bersampan dengan sidaknya; Hendak dilangsung serba salah, Takut badan jadi merana. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPun tali pun, Anak ayam bulu balik; Dalam perintah Jepun, Kita makan ubi keledek. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTidak tumbuh tidak melata, Patah galah dalam padi; Tidak sungguh kehendak kita, Perintah Allah juga yang jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRama-rama terbang berderai, Patah galah dalam perahu; Lama-lama baru bercerai, Perintah Allah mana tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPasir Mak Bayu pukul diribut, Lumba-lumba bermain angin; Pohon kekasih seumur hidup, Perintah Belanda belayar angin. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Hajat hati tak ndak bercerai, Perintah Allah siapa tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya nak berumah di paya, Ada lintah kerap buang; Saya nak berbini janda, Ada perintah cepat buang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Nandung ke Pantai Nandi, Orang bergajah dua beranak; Sudah terlangsung kami ke mari, Apa perintah orang banyak. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata perintah; |
|
Puisi |
---|
|
Siti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu.
Lihat selanjutnya... |
|