SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang perigi tengah laut, Cedok mari kulit lokan; Tuan pergi berombak laut, Saya di rumah mengira bulan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGali perigi di tengah padang, Boleh saya menumpang mandi; Ingat saya umur panjang, Bulan depan ke mari lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBatu Pahat perigi batu, Nampak dari Gunung Banang; Tuan pergi hati tak tentu, Saya tinggal hati tak senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke perigi mengambil timba, Timba terletak tepi halaman; Walaupun banyak kembang di rimba, Mawar di jambangan jadi idaman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLadang dari perigi semak, Padi muda saya lurutkan; Kalau tidak rancang anak, Jalan mudah saya turutkan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan lebat perigi penuh, Kapal besar dari muara; Kalau tak dapat si buntar penuh, Biar kumati berbuang nyawa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBatu Pahat perigi batu, Sebelah sana Gunung Banang; Abang pergi bawalah aku, Duduk di rumah hati tak senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDinding kebun tepi perigi, Kepung dengan atap nipah; Basah kering dibuat mandi, Tentang harga belum berubah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua tiga bernama perigi, Batu berlonggok di tepi jalan; Tuan di sana saya di sini, Bagai pungguk rindukan bulan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanam lada tepi perigi, Tumbuh rumput dengan sendayan; Jangan menyenda sekehendak hati, Takut sesal ditanggung kemudian. |
|
Puisi |
---|
|
Gali perigi di tengah padang, Boleh saya menumpang mandi; Ingat saya umur panjang, Bulan depan ke mari lagi.
Lihat selanjutnya... |
|