SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak penghulu pergi ke baruh, Sampai ke baruh membeli raga; Kalau di hulu air keruh, Di hilir pun keruh juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBelahnya belum bunyinya malam, Bunyi di darat rumah penghulu; Allah belum menjadikan alam, Barang bersurat dari dahulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHiris rojak hantar ke surau, Hendak menjemput datuk penghulu; Gadis bijak orang tak hirau, Ilmu di dapur laksana dulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDuduk berniaga di Kampung Cina, Buat sempadan Datuk Penghulu; Jangan harap pada bunga, Bunga tidak kembang selalu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRamai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung lekung berbunyi malam, Bunyi di atas bumbung penghulu; Allah belum menjadikan alam, Suratan kita dah terjadi dahulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTepak sirih di tepi dapur, Buat pelantar di rumah Tuk Penghulu; Minta sirih barang sekapur, Buat ubat hati rindu. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata penghulu |
|
Puisi |
---|
|
Belahnya belum bunyinya malam, Bunyi di darat rumah penghulu; Allah belum menjadikan alam, Barang bersurat dari dahulu.
Lihat selanjutnya... |
|