SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPecah-pecah sepak raga, Tentang sepak kusepak juga; Tujuh bilah keris di dada, Tentang kulekuk kulekuk juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok nangka pohon cempedak, Pecah-pecah bunga senduduk; Kecil jangan disangka budak, Gajah tersungkur oleh pelanduk. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPecah cawan pecah botol, Pecah menimpa kodi kain; Kalau abang nanti yang betul, Saya tidak mencari lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPecah sudu pecah pingganku, Main gasing beramah-tamah; Bukan jodoh bukan lawanku, Macam anjing di bawah rumah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPecah boyan pecah tempayan, Mari dikorek penyuci kaki; Hilanglah nuri diganti bayan, Nuri teritung batang melentik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTukul sumbing pecah berjalan, Pecah terantuk tebik terjatuh; Niat di hati menjolok bulan, Bulan dijolok bintang yang jatuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBatu belah pecah seratus, Pecah ditimpa kayu berangan; Demi Allah setelah kutulus, Sebelum berjanji lepas di tangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau beli bunga selengkar, Tanya dulu berapa harganya; Ibarat telur penuh sesangkar, Pecah sebiji pecah semua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPecah piring menjadi kaca, Pecah kaca menjadi gelas; Surat dikirim harap dibaca, Sudah dibaca harap dibalas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKenapa pecah piringku itu, Pecah ditatang di tapak tangan; Jalak biring jadikan satu, Tedung ada tunggu di laman. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pecah-pecah |
|
Puisi |
---|
|
Pokok nangka pohon cempedak, Pecah-pecah bunga senduduk; Kecil jangan disangka budak, Gajah tersungkur oleh pelanduk.
Lihat selanjutnya... |
|