SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPasang lampu pasang pelita, Pasang mari laut jambatan; Kekalnya jodoh jangan dipinta, Memang jodoh jadi suratan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPasang ini pasang purnama, Daun cempedak tidak melayang; Datang ini datang bertanya, Hendaklah tidak berkasih sayang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaiklah baik pasang pelita, Pasang pelita tepi jeraya; Baik-baik berpandang mata, Memandang mata membuat dosa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari gelap pasang pelita, Pasang mari dalam kelambu; Kita juga bercinta-cinta, Orang benci kita tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak pasang mercun, Pasang mari Kuala Muar; Kepada tuan menjadi racun, Dengan saya jadi penawar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna pasang pelita, Pasang sekali di rumah dapur; Apa guna berpandangan mata, Pandang sekali hatiku gugur. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna pasang pelita, Pasang tanglung baik lagi; Apa guna bermain mata, Ambil langsung baik lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna pasang pelita, Pasang tanglung cerah lagi; Apa guna bermain cinta, Ambil langsung puas hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPasang air Tanjung Simasta, Pasang tidak bertenang lagi; Budi tuan lekat di mata, Makan tidak kenyang lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAir pasang tengah jalan, Pasang mari terus ke pagi; Jika terkenang tengah makan, Air mataku jatuh ke nasi. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasang |
|
Puisi |
---|
|
Pasang ini pasang purnama, Daun cempedak tidak melayang; Datang ini datang bertanya, Hendaklah tidak berkasih sayang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 210 The wheel of fortune is forever in motion Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk. Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film. Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|