SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPatah pasak di dalam kemudi, Patah ruang ditimpa gelombang; Kalau tak dapat bertemu laki, Bulan terang sama dipandang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Pasak ke Pulau Pinang, Singgah sekejap di Teluk Lipat; Jika teragak hendak meminang, Usah diharap hendak dapat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTudung saji pasak ke timah, Buat penudung buah Melaka; Naik haji Makkah - Madinah, Nak buang segala dosa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSampan kolek perahu Cina, Patah pasak pintu berkurung; Adik pergi jangan lama, Buah jatuh disambar burung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPulau Tinggi Terendak Cina, Patah pasak di muka kurung; Abang pergi janganlah lama, Buah masak diidam burung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuluh ditetak senjakala, Buat main pasak perahu; Pasang pelita senjakala, Satu makhluk tidak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Mat masuk ke bilik, Singgah ambil pasak perahu; Sudah kulihat lagi kubelek, Halus kasar sudah kutahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang desa mengorek liang, Dalamnya itu tiada beranggar; Besar pasak dari tiang, Besar sendal dari gelegar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRotan rosak di hujung tanjung, Hanyut terletak di tepi beting; Bukan salah pasak penyambung, Kain tak cukup digunting. |
|
Puisi |
---|
|
Dari Pasak ke Pulau Pinang, Singgah sekejap di Teluk Lipat; Jika teragak hendak meminang, Usah diharap hendak dapat.
Lihat selanjutnya... |
|