SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilang kapak di dalam padi, Hilang dilamun para-para; Hilang bapak boleh diganti, Hilang ibu amat bicara. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi atas para buah pauh, Burung plastik buah Melaka; Tuan jauh saya pun jauh, Di dalam mimpi kita berjumpa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah berembang di atas para, Anak kumbang terlampai-lampai; Memakai subang kusangka dara, Rupanya memang ditebuk tupai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah jering di atas para, Diambil budak sambil berlari; Keringlah laut selat Melaka, Barulah saya mungkirkan janji. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAyam bulu balik, Telur atas para; Abang baru balik, Tidak bawa apa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGelugu pakai papan, Buah pauh di atas para; Nak tegur mukanya masam, Dia sudah marahkan saya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah durian buah kuini, Mari jatuh atas para; Duduk diam laki bini, Selalu kena sakit kepala. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTikus mondok tikus tempang, Makan dia atas para; Gadai golok gadai parang, Nak melepas rial belanja. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTebas ladang tanamkan kobis, Tanam sirih buatkan para; Betapa tenang hati terhiris, Murung sedih terimbas juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang selasih sama selasih, Mari ditaruh atas para; Hati kasih bertambah kasih, Kalau tak jumpa terasa lama. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata para |
|
Puisi |
---|
|
Di atas para buah pauh, Burung plastik buah Melaka; Tuan jauh saya pun jauh, Di dalam mimpi kita berjumpa.
Lihat selanjutnya... |
|