SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDarilah batang mulai bunga, Dari bunga mula daun; Dari datang mula kerana, Rindu berkurung seribu tahun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAwal mula dikarang, Pantun Melayu anak Semarang; Jika tidak belacu jarang, Sumpit gandum dipakai orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBismilah mula dikarang, Syairlah pantun sajanya kurang; Laksana kainlah jarang, Tidak boleh dibagi orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari mana mula dikejar, Rusa lari tepi perigi; Guru mana tuan belajar, Cuba hadap sekali lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan panas berderai-derai, Derai mula dari hulu; Di sini kita bercerai, Di akhirat kita bertemu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari mana datangnya putih, Dari ABC mula belajar; Bagaimana kalau berkasih, Cincin di jari sama bertukar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiUlam temu di kebun Pak Akob, Halia tumbuh dalam dulang; Mula bertemu macam tak cukup, Bila dah jemu tendang terajang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa sebab jari di tangan? Bentangku tuan menjadi sepuluh; Biji delima mula ditanam, Peria pahit menjadi tumbuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari mana punai melayang, Dari sawah ke batang padi; Dari mana mula sayang, Dari mata sampai ke hati. |
|
Puisi |
---|
|
Dari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 454 In for a penny, in for a pound Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya. Berminyak biar licin I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on. Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berminyak biar licin. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|