SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMuara peti pandai menyala, Kulit kerang asalnya kapur; Hiduplah api menyala-nyala, Letak apa belanga ke dapur? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMuara batu berumput, Kelekati gilang gemilang; Suara saja terluput, Dalam hati manakan hilang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang muara tidak berbukit, Banyak bukit di Batu Karang; Budimu tuan bukan sedikit, Dari dahulu sampai sekarang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari muara mudik ke hulu, Sambil menyanyi mendayung sampan; Belum bersuara tersenyum dulu, Menambah seri wajah rupawan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang Sejingkat Muara Sambir, Nampak dari Kuala Tebedu; Banyaklah taubat di luar bibir, Di dalam hati siapa tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan sepat ikan muara, Anak itik di pinggir kali; Meminta maaf pada saudara, Kesilapan besar sama sekali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan puput di tengah muara, Si jarang gigi timbul berkawan; Malang hidup tiada saudara, Kalau sudi terimalah tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Mat Tahir pengasuhnya, Muara peti pandai menyala; Ambillah air buat pembasuhnya, Hiduplah api menyala-nyala. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDuduk termenung di tepi muara, Ditiup angin daun bergoncang; Bila terkenang pada dara, Berdebar hati bertambah sayang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang kelekah mari berkabung, Mari bertimbal Muara Srikei; Jangan diharap nangka bersarung, Di dalam sarung ditebuk tupai. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata muara; |
|
Puisi |
---|
|
Muara batu berumput, Kelekati gilang gemilang; Suara saja terluput, Dalam hati manakan hilang.
Lihat selanjutnya... |
|