SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina berkain satin, Sudah satin sakhlat pula; Dagang hina lagi miskin, Sudah miskin melarat pula. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina berbaju satin, Sudah satin jarang pula; Hina saya kerana miskin, Sudah miskin dagang pula. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKerbau balar makan jerami, Anak telkin di atas tembok; Apa jua miskin kami, Lagi miskin tidak berbapak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaju kebaya disulam kelimkan, Dipakai mari dara berdandan; Miskin kaya jangan bezakan, Budi jadi satu ujian. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTuk Batin mengait kelapa, Hendak dijual bulan puasa; Tuan miskin tidak mengapa, Asalkan pandai berbudi bahasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain cukin diregang-regang, Bawa budak sambil berlari; Biar miskin lagi dagang, Asal pandai membawa diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak rusa terlompat-lompat, Rusa hendak pergi seberang; Hamba miskin dagang merempat, Duduk menumpang negeri orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKencang-kencang angin selatan, Keras sampai tepi kota; Biar miskin tidak makan, Asal terpasang api pelita. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiWak Fakir berbaju jubah, Naik kuda berjalan malam; Hamba miskin bertambah susah, Cari makan di kampung orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain cukin kain sutera, Buat pengesat kaki dulang; Sudah miskin bertambah hina, Buat apa kepada orang. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata miskin; |
|
Puisi |
---|
|
Anak Cina berbaju satin, Sudah satin jarang pula; Hina saya kerana miskin, Sudah miskin dagang pula.
Lihat selanjutnya... |
|