SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Jawa mencari benang, Mencari benang di atas bukit; Orang jauh jangan dikenang, Lama-lama jadi penyakit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPetua tuan mencari kain, Biar nipis pada jarang; Petua tuan mencari lain, Biar lebih pada kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau mencari buah asam, Biar lebih kurang jangan; Alang-alang menjolok pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi mencari si kayu laku, Pacat sampai naik ke kaki; Jangan termenung menongkat dagu, Kerja lain banyak lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Daik mencari remis, Membawa bubu bersama tangguk; Disangka baik mulut yang manis, Rupanya tipu dalam pujuk. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKe hutan mencari rotan, Cari makan tepi paya; Bukan saya sayangkan umpan, Takut ikan tipu saya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKe hutan mencari cempedak, Cari mari kebun Cik Siti; Sehari makan sehari tidak, Asal hidup jangan mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMasuk ke hutan mencari rotan, Singgah berhenti keramat datuk; Begini garang jalak di medan, Dari mana datang berkokok. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke bukit mencari inai, Inai tidak berbunga lagi; Sungguh ada sutera cindai, Cindai tidak berguna lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke darat mencari gambir, Ada secemur rupa serkap; Sudah tersurat kepada takdir, Ada sedikit tersalah cakap. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencari; |
|
Puisi |
---|
|
Petua tuan mencari kain, Biar nipis pada jarang; Petua tuan mencari lain, Biar lebih pada kurang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 312 Let sleeping dogs lie Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah. Anak badak jangan dihambat-hambat Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming. Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Anak badak jangan dihambat-hambat. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|