SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAda kerusi ada meja, Itulah tempat membasuh kaki; Ada budi ada bahasa, Itulah tempat ditaruh hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah jambu di atas meja, Sayang selasih datang baiduri; Hilanglah ingat tidak mengapa, Hilang kekasih membunuh diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBelum dimakan jangan dijamah, Di atas meja hidangan juadah; Beralih kain di balik rumah, Beralih cakap di balik lidah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang lagu serampang laut, Kulit timun atas meja; Layang terbentang kemudi berpaut, Hendak sampai ke tepi juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAda satu panglima raja, Duduk kerusi kepala meja; Tengah belayar taufan pun tiba, Sampan kecil mahu buat apa? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah keranji buah delima, Mari letak atas meja; Sirih pinang sudah kuterima, Tanda jadi kita berdua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTelur merpati telur tunggal, Taruh mari atas meja; Emak mati bapa meninggal, Pada siapa hendak bermanja. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMakan nasi ulamnya jantung, Jantung ada atas meja; Saya malas orang kampung, Orang kampung soalkan belanja. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata meja |
|
Puisi |
---|
|
Buah jambu di atas meja, Sayang selasih datang baiduri; Hilanglah ingat tidak mengapa, Hilang kekasih membunuh diri.
Lihat selanjutnya... |
|