SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna menggali perigi, Air masin bilakan tawar; Apa guna bernikah lari, Nama baik jadi tercemar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJangan dijeruk asam belimbing, Kalau tak masin ditambah garam; Jangan ditengok di luar dinding, Kalau sudi masuk ke dalam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak angsa mati lemas, Lemas mari di air masin; Hilang bangsa kerana emas, Hilang budi kerana miskin. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan merendam telur, Jangan terlupa telur yang masin; Kalau tuan sudah masyhur, Jangan lupa keluarga yang miskin. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak mandi paip berkunci, Turun ke sungai air pun masin; Satu intan satu baiduri, Di mana boleh dipakai cincin? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiItik air baru berkepak, Cari makan dengan ibunya; Kalau tidak garam dicampak, Bolehkah masin kuah sebelanga? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ayam baru berkepak, Mari patuk burung balam; Bawa garam cuma secupak, Takkan masin air di kolam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiManis sungguh buah kelubi, Mari dibungkus dengan kertas; Pandai sungguh puan berbudi, Garam tak masin lada pun tak pedas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi mana deru di situ ribut, Ribut diiring angin utara; Garam saya air di laut, Tak masin banyak sikit pun ada. |
|
Puisi |
---|
|
Jangan dijeruk asam belimbing, Kalau tak masin ditambah garam; Jangan ditengok di luar dinding, Kalau sudi masuk ke dalam.
Lihat selanjutnya... |
|