Dewan Bahasa & Pustaka Display virtual keyboard interface  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Malam-malam menyuluh pelanduk, Pelanduk seekor bertenggek di batu; Laksana ayam kehilangan induk, Begitulah nasib dagang piatu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kumbang mengejar, Jaga-jaga bunga di pasu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kita mengingat, Jangan lupa bunga di pasu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kumbang mengejar, Jaga-jaga bunga yang di pasu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Malam ini malam Selasa, Malam besok malam Arbaª; Lepas kamu dari seksa, Di hari kiamat minta doa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Malam ini malam Sabtu, Malam besok malam Ahad; Rupa yang tujuh menjadi satu, Inilah jalan jalan makrifat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Malam ini malam Khamis, Malam besok malam Jumaat; Di hari akhirat tidak menangis, Hendak jumpa Nabi Muhammad.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Hendak jumpa Nabi Muhammad, Hendak menghadap Tuhan yang satu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Malam ini malam Isnin, Malam besok malam Selasa; Tuntutlah ilmu sampai berkenan, Lepaslah kamu dari seksa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Malam ini malam Arbaª, Malam besok malam Khamis; Kepada Allah minta doa, Di hari akhirat tidak menangis.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata malam-malam

Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Malam ini kumbang mengejar,
     Jaga-jaga bunga di pasu.



Lihat selanjutnya...