SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan punca merah, Mari sarung cincin suasa; Luka tangan tampak berdarah, Luka hati menahan rasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKati-kati dalam perahu, Anak punai merah matanya; Luka hati siapakan tahu, Luka tangan tampak darahnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan punca empat, Dimakan api bucu yang satu; Luka tangan boleh diubat, Luka hati hancur lalu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan pelikat hijau, Jatuh ke kaki berela-ela; Luka tangan sebab pisau, Luka hati kerana kata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah berangan masak hijau, Masak sebiji di tanah rata; Luka tangan kerana pisau, Luka hati kerana kata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke dusun berhari-harian, Tanah baru hendak dibuka; Macam timun dengan durian, Menggelek luka digelek pun luka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLuka tangan terkena pisau, Darahnya banyak tidak terkira; Bila terkenang hati risau, Tidur malam tak pernah jendera. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan bersiring hijau, Oleh membeli kedai Yahudi; Luka di tangan kerana pisau, Luka di hati kerana budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan warna merah, Mari dibungkus dengan bunga; Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati badan merana. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan punca melikat, Pakaian anak raja Jeddah; Luka di tangan boleh diubat, Luka di hati adakah sudah. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata luka |
|
Puisi |
---|
|
Kati-kati dalam perahu, Anak punai merah matanya; Luka hati siapakan tahu, Luka tangan tampak darahnya.
Lihat selanjutnya... |
|