SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerapa dalam lubuk Beladin, Terlebih dalam lubuk Muarang; Berapa tajam pisau dan ladin, Terlebih tajam mata pedang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerapa dalam lubuk Inggeris, Lebih dalam lubuk India; Berapa tajam sidak keris, Terlebih tajam tergesel mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiParang puting jatuh ke lubuk, Sudah ke lubuk ke lubang pula; Awak miskin terlalu buruk, Sudah buruk berhutang pula. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLubuk Danti tepian Danta, Buaya mudik tenang-tenang; Kunci hati tutuplah mata, Supaya badan rasa senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam mata keris, Saya berani membuang jiwa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam pisau dan keris, Saya berani menegak dada. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang mengail Lubuk Bulang, Taruk umpan kulit limau; Baik juga semangat tak hilang, Anak kucing kusangka rimau. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang meraih di Lubuk Johor, Ketam padi nakhoda Acheh; Hitam manis rambutnya kejur, Mari kita bertambat kasih. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang meraih di Lubuk Johor, Orang menarik di tebing tinggi; Jika boleh dibawa tidur, Bukan anak bini sendiri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang mengail di lubuk licin, Dapat ikan beliak mata; Sudah terpandang dahi licin, Rasa nak putus urat mata. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata lubuk. |
|
Puisi |
---|
|
Berapa dalam lubuk Inggeris, Lebih dalam lubuk India; Berapa tajam sidak keris, Terlebih tajam tergesel mata.
Lihat selanjutnya... |
|