SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNasi lemak bergulai udang, Lemak berbau belum dirasa; Remuklah hati berputih tulang, Tidak direla berputih mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLemak manis santan kelapa, Buah berangan dalam padi; Hitam manis anak siapa, Rasa berkenan dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLemak ketam di Ulu Terengganu, Lagi lemak lagi bertelur; Saya berpesan abang si anu, Saya tiada berteman tidur. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLembut lemak sisi bemban, Terendak ikan letak di paya; Lemak lemah sirih digenggam, Hendak diunjuk emaknya ada. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNasi lemak gulai udang, Tiga dengan gulai pari; Bajunya kot songketnya gadang, Hilang di mata mana nak cari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGulai lemak sayur cendawan, Anak udang goreng berlada; Kasih emak sepanjang jalan, Sayang saudara sama berada. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNasi lemak buah bidara, Mari makan di pagi hari; Buang emak buang saudara, Tidaklah menyesal kemudian hari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Hati kasih saya turutkan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah lemak buah bidara, Daun selasih kulurut juga; Buang emak buang saudara, Hati kasih kuturut juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan puyu lemak, Masak kuah lada; Intan rangkul emak, Buah hati emak juga. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata lemak |
|
Puisi |
---|
|
Lemak manis santan kelapa, Buah berangan dalam padi; Hitam manis anak siapa, Rasa berkenan dalam hati.
Lihat selanjutnya... |
|