SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Arab pulang ke Jeddah, Sarat bermuat si langit-langit; Harap saya bukannya mudah, Seberat bumi dengan langit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKupu-kupu terbang ke langit, Singgah di langit bersalin kain; Bertangkup bumi dengan langit, Baru saya mencari lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKupu-kupu terbang ke langit, Singgah di langit bersalin kain; Tinggallah kuku dengan langit, Biar saya mencari lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAngkut-angkut terbang ke langit, Tiba di langit bersidai kain; Bertangkup bumi dengan langit, Baru abang mencari lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAngkut-angkut terbang ke langit, Sampai ke langit meragi kain; Sudah bertangkup bumi dan langit, Sama-sama mencari lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNasi hangit lupa dikisar, Tarik putung selasih layu; Langit ke langit awan berkisar, Untung kita sudah nak malu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTekukur terbang ke langit, Datang ke langit merindu dunia; Bunga melur kembangan damit, Sungguh damit harum baunya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLangit biru apa tongkatnya? Bunga cempaka kembang biru; Hidup dunia apa hakikatnya? Pintu neraka sedia menunggu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLangit biru bulan mengambang, Bintang pelantik rangkai-berangkai; Tidak jemu mata memandang, Ilmu apa adik pakai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSelagi langit payungi awan, Hujan juga merintis embun; Selagi sampai segala tujuan, Badan binasa musuh berembun. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata langit |
|
Puisi |
---|
|
Kupu-kupu terbang ke langit, Singgah di langit bersalin kain; Bertangkup bumi dengan langit, Baru saya mencari lain.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 564 Sweep your own doorstep clean Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul. Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar ''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said ''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar,'' kataku. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|