SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGalah terpacak di tengah laman, Laman tempat orang berjudi; Bukan tak hendak mencari teman, Belum dapat teman sejati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSerai serumpun tengah halaman, Tempatlah murai berulang mandi; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal laman tempatnya mandi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan jatuh ke laman, Tiba di laman berisi bunga; Celaka tangan jembalang tangan, Dalam tangan orang punya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKutip-kutip bunga di laman, Bunga di laman habis layu; Kalaulah takut abang nak teman, Janganlah adik berasa malu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLaman tempat orang berjudi, Kalau kalah lari ke mana Kalau tak jumpa teman sejati, Abang nak bujang selama mana? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSerai serumpun di tengah laman, Tempat murai berjejak kaki; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal surau tempat mengaji. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerbang gunduk berkawan tiga, Mari makan padi di laman; Jangan dipujuk kasih adinda, Saya berbalik ke kampung laman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan di laman tangga, Sarang pipit di dalam padi; Tiada orang semacam saya, Menaruh kiamat di dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNyiur gading di laman belas, Buat ketupat berisi inti; Hancur daging tulang kukilas, Sudah dapat baru berhenti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJangan bicara di laman tangga, Cucur atap ke rumput juga; Jangan bicara di hadapan mata, Dalam dakap kurebut juga. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata laman |
|
Puisi |
---|
|
Serai serumpun tengah halaman, Tempatlah murai berulang mandi; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal laman tempatnya mandi.
Lihat selanjutnya... |
|