SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDapur kayu dapur belulang, Nampak saja berkilat-kilat; Cakap tuan tak usah berulang, Adik pandai menangkap kilat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang menjaring kilat menyolak, Dapat seekor ikan puput; Orang biring saya jalak, Tuan saya jangan diikut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRambut hitam berkilat-kilat, Jatuh ke bantal berlipat-lipat; Tuan laksana air yang lebat, Minum sedikit menjadi ubat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPetang-petang ribut berdengung, Kilat menyambar pucuk pauh; Petang-petang duduk melengung, Orang nak balik tempat jauh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerdentum guruh di papan, Kilat sampai atas batu; Apa masalah dalam badan, Tolong huraikan satu persatu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPetir guruh berselang-selang, Kilat menyambar si dahan jati; Cantik sungguh tuan dipandang, Tidak tertahan asyik di hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPetang-petang ribut berdengung, Kilat menyambar di subuh hari; Petang-petang duduk termenung, Mengenang kasih tidak mari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTebu seruas di dalam air, Nampak ada kilat bayangnya; Nasi sesuap seteguk air, Nampak juga kasih sayangnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga Bakawali di Teluk Cengal, Buat ubat seribu guna; Kilat di air sudah kukenal, Yang mana satu jantan betina. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kilat |
|
Puisi |
---|
|
Orang menjaring kilat menyolak, Dapat seekor ikan puput; Orang biring saya jalak, Tuan saya jangan diikut.
Lihat selanjutnya... |
|