SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan bawa kemudi, Kemudi dibawa di tepi pantai; Kalau kenang kurang budi, Sirih layu lekat di tangkai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPatah kemudi di Tanjung Jati, Tak tahu haluan ke mana dituju; Tersematlah wajah di lubuk hati, Terjalinlah kasih di lembaran kalbu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPatah kemudi di Tanjung Jati, Mata bertentang jantung berdebar; Tersematlah wajah di lubuk hati, Semakin ditentang semakin gementar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPenat sudahsaya kemudi, Tidak sampai Gunung Daik; Penat sudah saya berbudi, Tidak juga dapat baik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJurumudi pegang kemudi, Nyiur bakul peninjau kerang; Bukan sebabnya tidak berbudi, Jangan ketara kepada orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAjong landai kemudi landai, Landai mari terhirit duri; Adik pandai saya pun pandai, Jangan pula meninggi diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal kecil kemudi kayu, Hendak belayar tanah seberang; Kain sekodi pilih sekayu, Boleh dapat cindai terbilang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal belayar kemudi dipaut, Angin datang dari hutan; Walaupun datang ajal dan maut, Hati kakanda tidak lupakan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak cengal buat kemudi, Buah pauh Permatang Panjang; Dengar adik baik budi, Dari jauh abang datang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPenat sudah saya kemudi, Tidak sampai ke Pulau Daik; Penat sudah mencampak budi, Tidak juga dapat baik. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemudi; |
|
Puisi |
---|
|
Patah kemudi di Tanjung Jati, Tak tahu haluan ke mana dituju; Tersematlah wajah di lubuk hati, Terjalinlah kasih di lembaran kalbu.
Lihat selanjutnya... |
|