SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan kukus tulangnya lembut, Tulang lembut jarang-jarang; Kami belayar jangan disebut, Takut dilanggar batu karang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTelur pipit dalam sarang, Tetaskan anak sehari sebiji; Gunung berhimpit jarang-jarang, Bukit terlepas seorang diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ikan dimakan ikan, Tanam serai Padang Semu; Pandai makan pandai simpan, Jarang-jarang boleh bertemu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak kucing dalam raga, Ibunya pula terlalu garang; Songket di gedung ada harga, Jarang-jarang dipakai orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJaranglah jarang makan tebu, Anak sembilang menggigit jari; Jaranglah jarang kita bertemu, Dalam sebulan dua kali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPagar buluh anggitnya jarang, Akan pemagar sapi jerasa; Dalam sepuluh jarang seorang, Hanya yang tahu menimbang rasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTokai jagung biar jarang, Biar senang puyuh berlari; Tanya bulan kepada bintang, Mana terbit matahari? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSagalah buluh anggitnya jarang, Akan pemagar kijang rusa; Dalam sepuluh ada seorang, Yang tak tahu bertimbang rasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGunting saya gunting kecil, Jarang sekali guntingkan daun; Anak saya lagi kecil, Minta tangguh barang setahun. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata jarang. |
|
Puisi |
---|
|
Telur pipit dalam sarang, Tetaskan anak sehari sebiji; Gunung berhimpit jarang-jarang, Bukit terlepas seorang diri.
Lihat selanjutnya... |
|