SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHijau-hijau si bulu serindit, Makan mari jambu mawar; Berapa tahun hujan di langit, Air di laut tidaklah tawar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHijau-hijau daun keladi, Mari makan di pagi hari; Hendak dikesal tak guna lagi, Cari lain sebagai ganti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHijau-hijau air perigi, Kaca remuk di dalam puan; Tuan mengigau saya bermimpi, Mimpi tak salah muka tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang hijau masaknya hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHijau dada burung serindit, Kuberi makan jambu mawar; Walau setahun hujan di langit, Air di laut haram tak tawar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHijau kuning bunga kenanga, Dipatah dahan bagai nak runtuh; Putih kuning bijaklaksana, Itu memberi imanku jatuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMerpati telurnya hijau, Pecah sebiji di dalam cawan; Abang pergi ke langit hijau, Adik menanti di kaki awan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok hijau baru berdaun, Habis daunnya dipetik budak; Hujan tidak panas setahun, Cabang dan ranting bertunas jugak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMerak hijau di cabang pauh, Anak puyu di dalam padi; Lagi kutinjau lagi jauh, Berasa sayu di dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKerak hijau di cabang pauh, Turun merentas di tangkai padi; Makin ditinjau makin jauh, Berasa nak rentas si tangkai hati. |
|
Puisi |
---|
|
Hijau-hijau daun keladi, Mari makan di pagi hari; Hendak dikesal tak guna lagi, Cari lain sebagai ganti.
Lihat selanjutnya... |
|