SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPerahu sarat muatan daun, Sarat berisi dengan lokan; Kalau hidup sepuluh tahun, Sepanjang hayat aku nantikan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMingai puan mingai selasih, Mingai kembayat pergi berlembu; Tinggal tuan tinggal kekasih, Ada hayat baru bertemu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIngat puan ingat selasih, Ingati kembagau berambu-rambu; Tinggal tuan tinggal kekasih, Ada hayat baru bertemu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak tebu tempatku mandi, Layang-layang di Padang Semu; Jangan sedih dalam hati, Ada hayat boleh bertemu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak buluh banyak duri, Kain kebayat di Padang Semu; Biar kurus jangan mati, Ada hayat boleh bertemu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi berjalan jambatan panjang, Buat ketupat dimakan Mak Usu; Mudah-mudahan umur panjang, Ada hayat kita bertemu. |
|
Puisi |
---|
|
Hendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh.
Lihat selanjutnya... |
|