SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDuduk di pintu memandang bulan, Hari tak ribut awan melindung; Kalau begitu nasibmu tuan, Bertuahlah perut ibu mengandung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCendawan tumbuh di batang, Diambil orang setiap hari; pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang, Pengantin duduk suami isteri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari Rejab bulan Syaaban, Tidak hari bertukar tahun; Jikalah sekejap rasa sebulan, Tidakkah sehari rasa setahun? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari Rejab bulan Syaaban, Rendam serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap rasa sebulan, Rasa bercerai seribu tahun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari panas bulan puasa, Jemur padi tengah halaman; Dapat emas bantal suasa, Tidak sama tidur di lengan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang menjamu bulan terang, Hari Ahad tanah seberang; Tuntut ilmu jangan kurang, Ke liang lahad tergolek seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTelur itik baru menetas, Menetas atas peti; Hari baik bulan di atas, Riuh rendah menghibur hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok sena daun pun sena, Daun jatuh dalam telaga; Bulan mana hari mana, Boleh kita berjumpa pula. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKacip baling ke bulan, Bintang tidak meninggi hari; Saya ke mari menghadap tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang memburu pagi hari, Anak rusa lari bertindak; Sungguh bulan payung negeri, Sehari ada sehari tidak. |
|
Puisi |
---|
|
Cendawan tumbuh di batang, Diambil orang setiap hari; pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang, Pengantin duduk suami isteri.
Lihat selanjutnya... |
|