SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPapan saya papan berkerat, Sudah lama saya tempakan; Harapan saya dengan hasrat, Minta tuan jangan hampakan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPenangan juadah di atas peti, Pinang selaya dari kota; Putuslah sudah harapan hati, Gugur berderai si airnya mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukit runtuh sehari semalam, Kayu terlepas beribu ratus; Sauhnya putus kapal tenggelam, Harapan kami jangan diputus. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah bertiang dinding papan, Tanam selasih di tengah laman; Biar hilang segala harapan, Namun kasih hamba turutkan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTinggi sungguh pokok pisang, Tinggi lagi asap api; Tinggi sungguh gunung melintang, Tinggi lagi harapan hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSungguh tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi asap api; Sungguh tinggi mata memandang, Tinggi lagi harapan hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSungguh tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi asap api; Sungguh tinggi mata memandang, Tinggi lagi harapan hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerapa tinggi pucuk pisang? Lebih tinggi asap api; Berapa tinggi Gunung Ledang? Lebih tinggi harapan hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok pauh di tanah seberang, Benih berasal dari kampung; Dari jauh kami nan datang, Besar harapan setinggi gunung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPagi-pagi pergi ke ladang, Hendak menyemai benih padi; Berapa tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi harapan hati. |
|
Puisi |
---|
|
Penangan juadah di atas peti, Pinang selaya dari kota; Putuslah sudah harapan hati, Gugur berderai si airnya mata.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 621 Union is strength Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian. Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*. We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down. Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|