SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHarap-harap makan dijerat, Ubi dimakan kerbau jantung; Harap saya terlampau berat, Di manakah tempat hamba bergantung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHarap-harap kelapa puan, Tidak puan kelapa bali; Harap ke mari kepada tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHarap-harap kelapa puan, Sudah puan kelapa Bali; Sudah harap kepada tuan, Sudah tuan siapa lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPecah piring menjadi kaca, Pecah kaca menjadi gelas; Surat dikirim harap dibaca, Sudah dibaca harap dibalas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHarap kami ke pasar sayur, Kelebihan diri apalah dia; Abang rindu saya tak tidur, Kasih rindu saya tak rela. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHarap kami belayar ke Sadong, Kedondong sudah dibawa pulang; Harap kami hendak bergantung, Junjung sudah dilayarkan orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHarap sungguh makan dijerat, Makan di upih kerabu jantung; Harap saya dunia dan akhirat, Ingatkan boleh tempat bergantung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya tak harap padi pulut, Padi pulut banyak antahnya; Saya tak harap janji mulut, Janji mulut banyak susahnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa harap kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsap tinggi ngulung-ngulung, Anak buaya menggonggong bangkai; Harap hati nak memeluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata harap-harap |
|
Puisi |
---|
|
Harap-harap kelapa puan, Tidak puan kelapa bali; Harap ke mari kepada tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi.
Lihat selanjutnya... |
|