SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk panggang digigit liat, Kelekati dalam perahu; Halus pandang boleh dilihat, Halus di hati siapa tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya bertemu Kuala Halus, Rumah dinaik di dalam puan; Badan saya semadi kurus, Bawa berahi denganmu tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRaja Ainon jalan ke selat, Pulau Pinang pasirnya halus; Air kuminum terasa kelat, Usahkan kenyang bertambah haus. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang mengail tepi pantai, Dapat seekor ikan todak; Sungguh halus sutera cindai, Kalau buruk terbuang juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGajah mina hitam di laut, Tujuh hasta panjang gading; Halus pinggangnya bagai diraut, Susahkan cari bakal banding. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDibuang akan ke tengah laut, Dipungut oleh raja Maiskol; Halus pinggangnya bagai diraut, Rambutnya panjang hujung bersimpul. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTalang wak talang jauh di laut, Tempat nan budak berdagang telur; Halus juak pinggang bagai diraut, Tuan laksana si kembang melur. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPerahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Mat masuk ke bilik, Singgah ambil pasak perahu; Sudah kulihat lagi kubelek, Halus kasar sudah kutahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak siapa terbatuk-batuk, Perut buncit nampak mengantuk; Kalau pancing ikan betuk, Kailnya halus baru dipatuk. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata halus. |
|
Puisi |
---|
|
Saya bertemu Kuala Halus, Rumah dinaik di dalam puan; Badan saya semadi kurus, Bawa berahi denganmu tuan.
Lihat selanjutnya... |
|