SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak menampung amin, Anak murid menghadap guru; Harimau jangan main, Belum kena belum tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari mana mula dikejar, Rusa lari tepi perigi; Guru mana tuan belajar, Cuba hadap sekali lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBatang rhu dibuat pagar, Hendak memagar Kuala Kelang; Tujuh guru saya belajar, Hendak menjinak burung terbang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa benda bunyi terdesar, Anak monyet berkejar-kejar; Bukankah kucing guru yang besar, Harimau di hutan semua diajar? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang serindit dadanya biru, Mati disumpit Raja Paiman; Selama teringat permatanya guru, Belum kujanji lepas di tangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang serindit dadanya biru, Mati disumpit Raja Paiman; Selama teringat permatanya guru, Belum kujanji lepas di tangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang bertolak di Tanjung Rhu, Sarat memuat buah perpat; Hendaklah banyak mengadap guru, Supaya terang jalan makrifat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAyam ini ayam delidau, Kokok mari atas pagar; Kalau tak boleh muda sesurau, Tujuh guru saya belajar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTak boleh kuda di ladang, Pancung beluru di atas pagar; Kalau tak boleh muda kucadang, Tujuhlah guru aku belajar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTidak ditoleh si kuda belang, Akar lana melilit pongsu; Tidak boleh muda dok cadang, Angkat cerana mengadap guru. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata guru |
|
Puisi |
---|
|
Dari mana mula dikejar, Rusa lari tepi perigi; Guru mana tuan belajar, Cuba hadap sekali lagi.
Lihat selanjutnya... |
|